Kelas Minggu ke -2





HIDAYAH

Hidayah itu ada permulaan(bidayatulhidayah) dan ada kesudahan (nihayatulhidayah).. Kita perlu menyempurnakan zahir hidayah utk merasai batin hidayah.
Ujilah hati kita, sama ada cenderung ke arah kebaikan atau kejahatan.
Dan jika ke arah kebaikkan (Alhamdulillah), jika ke arah sebaliknya, maka ketahuilah bahawa niat kita dalam menuntut ilmu adalah bukan kerana Allah.

Syaitan sangat pandai mengajar kita tentang kelebihan ilmu dan kelebihan mencari Ilmu, sebagaimana disebut dalam hadis dan kata-kata Ulama' , tapi kita lupa pada sabda Rasulullah S.A.W :

(Siapa yang bertambah ilmunya sedangkan hidayahnya(amalan nya) tidak bertambah, Maka ia hanya bertambah jauh daripada rahmat Allah) sanad dha'if

Apa itu hidayah?
Adakah hidayah itu perlu ditunggu?

Kita tidak dapat memberi hidayah, akan tetapi kita boleh menjadi "asbab Hidayah"

Step2 Hidayah:

1.Petunjuk/ keterangan

Allah berfirman : Bulan Ramadhan yang pada nya diturunkan Al-Quran menjadi petunjuk sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk... (Al-baqarah: 185)

2.Ilham/ Taufiq

Amatlah penting bagi kita untuk menghayati maksud2 ayat Al-Quran (mendalami tafsir) untuk kita mendapatkan hidayah dari Allah, bukan tunggu hingga Allah campak dalam diri seperti fahaman orang dahulu.

  • Dosa batin (hati) lebih besar dari dosa zahir
  • Taatlah pada pemimpin, selama mana tidak menyalahi Al-Quran dan Sunnah
  • Hadith : Sesiapa yang mentafsirkan Al-Quran mengikut pemikiranya sendiri, maka dosa baginya
Tanda-tanda Ikhlas :
  • Amalanya tidak bertambah walaupun dipuji
  • Amalanya tidak berkurang walaupun dikeji
Tanda-tanda tidak Ikhlas
  • Bila dipuji, dia merasa bangga
  • Bila dikeji, dia marah
Kehebatan para sahabat, bukan bergantung pada banyak nya umat, tapi kerana zuhud dan yakin pada Allah

0 comments:

Post a Comment