Kelas Minggu ke-4





Minggu 4


1. Apakah itu "bidayatul hidayah"(permulaan jalan menuju hidayah)?
permulaan jalan menuju hidayah itu ialah taqwa yang zahir (amalan zahir yang baik)
2. Apakah itu "nihayatul hidayah" (kesudahan jalan hidayah)?
kesudahan jalan hidayah itu ialah taqwa yang batin (niat yang ikhlas dan suci daripada penyakit-penyakit hati)

3. Taqwa itu terbahagi kepada 2:
a) pertama: menjunjung segala perintah Allah (melaksanakan ketaatan)
b) kedua: menjauhi segala larangan Allah (meninggalkan kemaksiatan)



jom tambah ilmu. dengaq lu skali baru tau. klau tk dengaq rugi wei.

Read more...

Kelas Minggu Ke - 3






Minggu 3

Manusia yang menuntut ilmu terbahagi kepada 3:

1.
Orang yang mencari ilmu untuk menjadikannya sebagai bekalan di akhirat.Dia hanya berniat mencari ilmu semata-mata kerana Allah. Maka orang ini termasuk dalam golongan orang yang beruntung

2. Orang yang mencari ilmu untuk mencari kesenangan dunia dan mendapatkan kemuliaan, pangkat dan harta benda dalam keadaan dia mengetahui tentang kejahatan dan kehinaan tujuaannya itu. golongan ini termasuk dalam golongan yang berbahaya,
sekiranya dia mati sebelum bertaubat dibimbangi dia mati dalam keaadaan "su-ul khatimah" kemudiaanya urusannya terserah kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau menyeksanya.

3. Orang yang telah dikuasai oleh syaitan maka ia menjadikan ilmunya sebagai alat untuk menghimpunkan harta benda dan bermegah-megah dengan kedudukan serta merasa bangga dengan pengikut yang ramai. walaupun demikian dia masih menyangka
bahawa dia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Orang ini termasuk dalam golongan ulama yang jahat.........


selanjutnya dalam rakaman di atas. pakat- pakat dengaq noh...

Read more...